Pengkodan Permulaan dengan Blok
Bab 3
>
Tahap 3
Objektif
Panggil ayam-ayam dan kira berapa banyak ayam di sekeliling setiap reban menggunakan blok teks. Reban merujuk kepada rumah ayam seperti yang dilihat pada peta.
Kira berapa banyak ayam di sekeliling setiap reban dan simpan angka tersebut dalam pembolehubah. Bagi menjejak setiap reban, dalam menu Variables, buat dua pembolehubah bernama: left_coup dan right_coup (ingat untuk tambah garis bawah _).
Isikan pembolehubah tersebut dengan menggunakan blok set_variable, kira jumlah ayam di reban kiri dan gunakan blok set_variable untuk memadankannya dengan pembolehubah left_coup. Tambah bilangan ayam dalam reban menggunakan buih nombor.

Ulangi proses yang sama, menggunakan blok set_variable, tambah pembolehubah right_coup dan gunakan buih nombor untuk menetapkan jumlah ayam yang ada di reban kanan.
Selepas menyediakan pembolehubah, berjalan ke setiap satu daripada dua (2) tanda X di hadapan setiap reban dan panggil jumlah ayam di sekitar setiap satu menggunakan pembolehubah. Gunakan blok speak bersama blok create text untuk menggabungkan teks dan nombor. Untuk memulakan, berjalan ke tanda X gelap yang terletak di hadapan reban kiri.
Blok create text membolehkan anda menggabungkan beberapa kepingan teks dan pembolehubah. Dalam menu Communications di toolbox, seret & lepaskan blok create text ke penyunting blok.

Blok ini mempunyai ikon gear di penjuru kiri atas, klik kiri padanya untuk membuka menu dan tambah berapa banyak slot yang ingin dimasukkan ke dalam blok.

Untuk menyatakan berapa banyak ayam dalam setiap reban, kita memerlukan tiga (3) blok.

Di dalam slot-slot tersebut, kita akan masukkan dua buih teks dan satu pembolehubah bebas untuk mengisi blok create text. Pertama, kita seret & lepaskan blok buih teks dari menu Text di toolbox dan tulis “Reban Kiri mempunyai ” (Pastikan ruang di hujung hadir).

Seret & lepaskan buih teks kedua dengan cara yang sama seperti pertama, namun kali ini tulis “ Ayam” (pastikan ruang di awal ada) dan sisipkannya di slot terakhir. Akhir sekali seret & lepaskan pembolehubah bebas left_coup dari menu Variables dan sisipkan ke dalam slot tengah blok kod create text. Dengan ini, teks anda akan membentuk kenyataan: “Reban Kiri mempunyai [number] Ayam”
Seret & lepaskan blok speak dari menu Communications ke penyunting blok dan sisipkan blok create text yang baru anda buat ke dalamnya. Terdapat templat terpelumpuh bagi proses ini dalam penyunting blok; anda boleh mengaktifkannya dan mengeditnya dengan klik kanan pada blok speak dan klik "Enable Block".

Berjalan ke tanda X terang di sebelah kanan dan hadap reban. Lakukan perkara yang sama seperti sebelum ini dengan blok create text tetapi kali ini menggunakan pembolehubah right_coup. Sisipkan blok text di atas yang berbunyi “Reban Kanan mempunyai ”, di slot tengah sisipkan pembolehubah bebas right_coup dan di slot bawah sisipkan satu lagi blok text yang berbunyi “ Ayam”.

Sisipkan blok create text ke dalam blok speak untuk melengkapkan tahap.